Posts

Showing posts from January, 2025

Pilihlah doktor tempatan setiap kawasan sambung pengajian kepakaran, atasi isu kekosongan pakar di Sarawak

Image
KUCHING— Seorang pakar bedah mencadangkan agar doktor tempatan di setiap kawasan dipilih untuk menyambung pengajian kepakaran bagi mengatasi isu penempatan doktor pakar di hospital dan klinik di Sarawak.  Dr Aimir Ma’rof yang sudah 15 tahun berkhidmat di beberapa kawasan di Sarawak dan kini berkhidmat di Hospital Sri Aman berkata, dengan mengutamakan pemilihan doktor tempatan untuk menyambung pengajian kepakaran dan mengatasi isu penempatan pakar di sesebuah hospital di negeri ini. “Pilihlah doktor tempatan di setiap kawasan tersebut untuk menyambung pengajian kepakaran berdasarkan merit, bukan saya suruh pilih sebarang.  “Tetapi kalau dia memang asal situ, berilah sedikit kelebihan untuk dia masuk program. Nanti habis belajar, mesti dia nak balik rumah dia juga. Tak payah dah pening kepala nak cari siapa akan kerja di hospital tersebut. “Masa terima dia sebagai calon, terus tandatangan kontrak, hospital mana dia akan bertugas setelah tamat pengajian. Tak boleh tuk...

Dua sepupu maut motosikal rempuh belakang lori, pemandu ditahan

Image
KUCHING-- Dua sepupu maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori yang di parkir di tepi Jalan Pelabuhan di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 11.10 malam itu menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal lelaki warga tempatan berusia 25 dan 18 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal yang datang dari arah Jalan Pending menuju ke Jalan Bako telah merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan.  "Kedua-dua mangsa merupakan sepupu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini. Tegasnya lagi, pemandu lori yang merupakan seorang lelaki tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan.  Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  "Pihak polis menyeru aga...

Berpisah 8 tahun, dua beradik menanggung rindu tiada penghujung selepas mengetahui ibu kandung telah pergi selamanya

Image
TANAH MERAH— Dua beradik terpaksa menanggung kerinduan yang tidak berpenghujung apabila ibu kandung mereka yang berasal dari Bintulu, Sarawak, yang hilang sejak lapan tahun lalu telah meninggal dunia. Memetik laporan Berita Harian, Muhammad Khairul Huzaifi Mohd Baidowi, 15, dan adiknya Muhammad Khairul Aiman, 13, mengetahui khabar sedih berhubung ibu mereka, Ezanie Eleena Mohamad Adnan, 30, oleh seorang wanita yang mendakwa ibu saudara kepada Ezanie Eleena, selepas kisah dua beradik itu disiarkan media pada Isnin. Muhammad Khairul yang tinggal di Maahad Tahfiz al-Quran Nur Al-Majid di Machang,Kelantan berkata, dia dan adiknya cuba mencari ibu kandungnya itu sejak lapan tahun lalu dan amat berharap dapat bertemu semula dengan ibu mereka. "Selama lapan tahun kami cari, rupa-rupanya dia sudah meninggal dunia tiga tahun lalu. “Khabar tentang ibu kami itu dimaklumkan oleh ustaz pada 8.15 malam Isnin selepas dihubungi ibu saudara kepada ibu kami," katanya. Jelas Muhamma...