Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit dan Daro bernilai hampir RM600 juta siap, bebas tol - Abang Johari
DARO — Jambatan Muara Lassa Daro yang menelan kos hampir RM600 juta siap sepenuhnya dibina menggunakan dana kerajaan Sarawak dan bebas tol, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau memberitahu, dengan siapnya jambatan itu, penduduk di kawasan berkenaan tidak lagi bergantung kepada perkhidmatan feri. “Tahniah kepada masyarakat di sini kerana kita telah berjaya menyiapkan satu projek yang penting untuk pembangunan ekonomi lebih-lebih lagi kemudahan di kalangan masyarakat yang tinggal di sini. “Dengan perasmian Jambatan Muara Lassa Daro ini yang menelan belanja hampir RM600 juta telah siap dibina ini, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kementerian yang telah melaksanakan projek ini dan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta kontraktor yang telah menjalankan tugasnya untuk menyiapkan jambatan ini. “Saya juga berkesempatan menunggang motosikal merentasi jalan sepanjang 2.43 kilometer dan ia sangat lancar. “Sudah te...