3 keluarga sempat lari, rumah didiami dihempap tanah runtuh


TATAU: 15 individu dari 3 keluarga di Kilometer 6 Jalan Sangan berhadapan dengan detik cemas selepas rumah mereka dihempap tanah runtuh dalam insiden yang berlaku pada jam 11.57 malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, salah sebuah rumah mengalami kerosakan teruk akibat runtuh pada bahagian ruang tamu akibat dihempap runtuhan tanah.


"Sepasukan anggota bomba dari BBP Tatau bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan bagi menjalankan pemeriksaan serta menyelamatkan mangsa," jelasnya.


Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati telah berlaku tanah runtuh yang melibatkan 3 buah rumah yang mana terdapat sebuah rumah telah dihempap tanah runtuh di bahagian ruang tamu dan bilik tidur utama, namun penghuni rumah berjaya lari menyelamatkan diri.


Pasukan bomba kemudiannya melakukan pemantauan di lokasi dan memberi nasihat agar penduduk berpindah ke PPS SMK Tatau memandangkan situasi semasa masih dalam keadaan bahaya.


Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 1.36 pagi sebelum bertolak balik ke balai.


Comments

Popular posts from this blog

Wanita dijumpai mati dipercayai dibunuh di Batu Kawa

Struktur binaan haram di tebing sungai Sungai Sebiew akan diroboh

Wanita jadi sasaran lelaki China kemaruk cinta