Struktur binaan haram di tebing sungai Sungai Sebiew akan diroboh

BINTULU: Banjir teruk yang melanda Bintulu baru-baru ini memberi amaran bahawa sistem tebatan banjir di kawasan ini tidak mempunyai perancangan yang betul dan tidak mampu lagi memenuhi permintaan bandar yang semakin maju. 
 
Oleh itu, semasa mesyuarat khas dengan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) hari ini, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia Dato Sri Tiong King Sing menekankan keperluan mendesak bagi memulakan projek pendalaman dasar Sungai Sebiew harus dimulakan serta-merta dan tidak boleh dilengahkan lagi. 

"Selain itu, pihak berkuasa akan mempercepatkan proses penempatan semula setinggan yang mana Jabatan Tanah dan Survei (JTS). telah menjalankan bancian isi rumah yang memerlukan penempatan semula di kawasan terjejas," ujarnya semasa menghadiri mesyuarat khas dengan BDA hari ini.

Mulai hari ini dan seterusnya tegas beliau, sebarang struktur baharu tanpa kelulusan di kawasan itu tidak akan dibenarkan, dan bangunan haram akan dirobohkan.  

Menurut beliau yang merupakan Ahli Parlimen Bintulu, sebaik sahaja JTS melengkapkan banciannya, agensi berkaitan termasuk Pejabat Residen dan BDA akan mengadakan mesyuarat penyelarasan terakhir pada hari Isnin (24 Februari) bagi membincangkan serta memuktamadkan pepan penempatan semula penduduk di Sungai Sebiew.

Katanya, konsensus yang dicapai antara kedua-dua belah pihak akan memastikan kumpulan kerja yang menyelia program penempatan semula akan segera memulakan proses penempatan semula, berpandukan data dan sokongan logistik yang dikemaskini dari semasa ke semasa.

"Penduduk yang layak dari kawasan setinggan akan dipindahkan ke kawasan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, termasuk unit rumah kos rendah yang sedang dirancang untuk dibina," tegasnya. 

Walau bagaimanapun katanya, jika unit ini tidak disiapkan tepat pada masanya, penduduk tetap perlu berpindah dan membuat pengaturan alternatif sementara. Semua pihak mesti bersedia ke arah perubahan ini.

Justeru itu beliau menggesa semua penduduk yang tinggal di penempatan haram di sepanjang tebing Sungai Sebiew untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan menyelesaikan penempatan mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi memudahkan projek mendalamkan dasar sungai dimulakan dengan segera.  

"Projek itu akan melebarkan sungai seluas 100 meter dan mendalamkannya sebanyak 3 hingga 5 meter bagi memastikan ianya dapat menampung peningkatan taburan hujan," ujarnya.

Pelan penempatan semula ini telah dibincangkan sejak awal tahun 2020 lagi yang mana empat tahun setengah telah berlalu, sehingga satu lagi banjir besar telah melanda. 

"Beribu-ribu tan sampah dan harta benda yang rosak telah dibuang, dengan kerugian yang dialami sangatlah besar. Justeru, kita tidak boleh lagi melengahkan projek ini!,"ujarnya dengan nada kesal.

Dalam masa sama katanya, sungai-sungai lain juga mesti dikaji dan dinaik taraf untuk meningkatkan kapasiti air sebagai tindak balas kepada pembangunan bandar yang pesat dan perubahan iklim.

Sebagai contoh jelas beliau, pintu air pasang surut perlu dipasang di Sungai Kemena untuk mengepam dan menyalurkan air sungai yang semakin meningkat ke laut.

Comments

Popular posts from this blog

Wanita dijumpai mati dipercayai dibunuh di Batu Kawa

Wanita jadi sasaran lelaki China kemaruk cinta