Wanita dijumpai mati dipercayai dibunuh di Batu Kawa



KUCHING-- Seorang wanita berusia 30-an dijumpai mati dipercayai dibunuh di bilik penginapan di Batu Kawa petang tadi.

Menurut sumber, mayat mangsa ditemukan dalam bilik penginapan berkenaan sekitar jam 2 petang tadi yang terletak di tingkat satu sebuah kedai kopi di sini.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan bersama pasukan forensik dikatakan telah berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi turut berada di lokasi kejadian mengesahkan penemuan mayat tersebut.

Katanya, mangsa dijumpai oleh pekerja penginapan berkenaan yang kemudian menghubungi pihak polis.

"Polis masih menjalankan siasatan dan akan mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Struktur binaan haram di tebing sungai Sungai Sebiew akan diroboh

Wanita jadi sasaran lelaki China kemaruk cinta