Wanita jadi sasaran lelaki China kemaruk cinta

KUCHING—Kehidupan seorang wanita menjadi kelam selepas memutuskan hubungan cinta dengan seorang lelaki warga China apabila lelaki berkenaan sering menganggunya dengan pelbagai cara.

Mangsa berusia 21 tahun mengenali lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun itu pada 2022 dan telah memutuskan hubungan percintaan mereka pada Oktober tahun lalu.

Sejak hubungan itu diputuskan, wanita berkenaan tidak menjangkakan lelaki yang pernah dicintainya menggunakan maklumat peribadinya untuk membuat pelbagai pesanan secara dalam talian seperti Grab, Food Panda, Maxxim dan sebagainya.
Susulan itu, kehidupannya berubah 360 darjah apabila sering didatangi penyedia perkhidmatan penghantaran secara dalam talian itu angkara perbuatan bekas teman lelakinya itu.

Malah, dia juga terpaksa meletakkan notis pemberitahuan di pagar rumahnya untuk memaklumkan bahawa dia tidak pernah membuat apa-apa pesan secara dalam talian.

Dalam notis itu, mangsa memaklumkan “kepada pihak Grab, Food Panda, Maxxim dan lain-lain pihak berkenaan jika terdapat sebarang tempahan menggunakan alamat rumah saya, sila hubungi kepada pihak pengurusan masing-masing dengan kadar segera bagi mengelakkan salah faham kerana terdapat individu telah salah guna alamat tersebut.

“Mohon kerjasama pihak anda mengenai perkara di atas dan mohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

“Kami tidak memesan apa-apa makanan atau tunggangan, sila berhenti mengganggu kami, kami amat kesal atas masalah yang anda timbulkan,” kongsinya.

Disebabkan perbuatan bekas teman lelakinya itu, mangsa dan keluarga menerima ugutan daripada pihak-pihak yang telah menerima pesanan dalam talian yang dipesan bekas teman lelakinya tersebut.

Berikutan itu , mangsa telah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Namun, kata mangsa, tindakan tidak dapat diambil kerana bekas teman lelakinya itu berada di China.

Buntu mencari jalan penyelesaian massalah itu, mangsa tampil mengadu masalahnya kepada Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Milton Foo hari ini.

Sehubungan itu, Milton menggesa pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dan menyelesaikan segera masalah yang dihadapi mangsa tersebut.

“Setakat ini empat laporan polis telah dibuat dan saya berharap pihak polis dapat bekerjasama dengan pihak kedutaan China untuk menyelesaikan masalah ini,” ujarnya.

tamat

Comments

Popular posts from this blog

Wanita dijumpai mati dipercayai dibunuh di Batu Kawa

Struktur binaan haram di tebing sungai Sungai Sebiew akan diroboh